Monday, April 30, 2012
penyakit...
Sunday, April 15, 2012
suka amik kesempatan ats kebaikan org
n yg suka take advantage ats kebaikan org len???
bg aku org mcm ni kena la kita ni berhati-hati kalau nk berkwn..
selalunya..kalau kita ni jenis org yg baik hati dan cepat kesiankn org, mst ada org yg akn amik ksmptn kat kita..
if u r nice, SOME people will take advantage of u... BUT
if u got SOMETHING and nice, MORE people will take advantage of u...
betul kn???kalau kita ni baik n dlm masa yg sama ada SOMETHING, mst akn ada je org nk berkwn ngn kita dan buat baik dgn kita dgn tujuan nak mempergunakan SOMETHING yg kita ada tu utk tujuan n kepentingan diri...dulu waktu xde SOMETHING tu...jgn mimpi la nk rapat or hangout same2..tp bila skrg dh ade SOMETHING tu, kalau bole 24hours nk rapat n hangout... org yg baik hati ni plk, bila dh pengambil ksmptn ni minx tolong, dia xsmpai hati nk tolak even dia pnt or dh plan nk wt bnd len or dh plan nk gunakan SOMETHING tu...so org yg baik hati ni pn korbankn la semua tu n ikotkn je la permintaan si pengambil kesempatan tu walaupn dia sndri nk kna byk bersbr...alasan nya..takot hilang kwn.... helloooo..xrugi pn taw kalau hilang kwn yg jnis xreti nk bersyukur n demand yg melampau..suka sgt amik ksmptn yg akhirnya menyusahkn kita n org2 sekeliling kita... kalau hilang kwn mcm ni..awk tu yg untung...xde rugi pa pe pn..ramai lg kwn yg ikhlas berkwn ngn kita nk mendampingi kita.. selfish mcm tu xlyk pn nk berkwn ngn org yg baik ni...menyusahkn je... aku xkata jgn kwn ngn dorg...dh org nk berkwn ngn kita, kita trima la kn dgn hati terbuka even prangai tu worse gila..we should always be nice to everyone..tp kalau org yg dipanggil KAWAN ni amik kesmpatan kt kita, mmg kita ni xleh nk elak dr rasa frust n kna bersbr je..tp smpai bila nk bersbr kn..sbr pn ada tahap dia jgk..so just be a "not so nice" person.. bak kata org, buat baik tu biar lah berpada-pada..jgn smpai org pijak kepala kita... n jgn sekali-kali berdendam or nk berbuat jht, prangai org yg mcm tu, biar lah Allah je yg balas.. kita sebagai manusia ni, kna la beware dgn keadaan sekeliling... =)
Tuesday, March 20, 2012
berbunga... !!
Saturday, March 17, 2012
lame..
Monday, March 12, 2012
rabiul akhir
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga. Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Fadhilat Bulan Rabiulakhir
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
1.Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
2.Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
3.Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
4.Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
5.Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
6.Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
7.Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
Sumber dari www.al-azim.com