Tuesday, March 20, 2012
berbunga... !!
Saturday, March 17, 2012
lame..
Monday, March 12, 2012
rabiul akhir
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga. Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Fadhilat Bulan Rabiulakhir
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
1.Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
2.Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
3.Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
4.Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
5.Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
6.Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
7.Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.
Sumber dari www.al-azim.com
Sunday, March 11, 2012
haiishhhh
Saturday, March 10, 2012
bosannye...!!
kenapa???
Monday, March 5, 2012
perempuan merajuk dgn lelaki malas pujuk..
perempuan ni mmg suka merajuk...yg lelaki jgn dok wt pelik..kalau awek tu jenis kental pn,dia mst akn ada jgk merajuk sekali sekala.tipu sgt kalau pompuan xmajok..xnormal ar tu..awat la lelaki ni sgt mls nk pujuk pompuan majok?? as a typical girl, aku boleh gtaw yg pompuan ni majok bersebab.cuma majok tu pn depends jgk..sama ada bersebab yg sebesar tracktor atau setakat bnd kecik sebsar kuman. cuma si lelaki ni ja la yg pyh nk menilai..bg dia...suma bnd kecik ja n suka amik mudah.lelaki ni sgt susah utk berfikir sst bnd remeh temeh mcm pompuan yg mmg every detail dia akn ambik kira.lelaki patotnya tahu bila pompuan dh jatuh hati pd seseorg, pompuan ni akn berhrp lelaki tu akn menjaga sensitiviti dan hati dia. lelaki patotnya phm bila pompuan majok, tu 1 perlakuan yg menggambrkn dia lbih menyayangi lelaki tu drpd org len. dgn majok, dia berhrp lelaki tu akn lebey bg perhatian terhdp bnd2 yg lelaki anggap remeh. the truth is, pompuan mmg complicated dan sgt teliti.niat sbnr hanyalah nak lelaki fhm yg pompuan ni halus jiwanya, mudah tersentuh dan pentingkn suma bnd dgn detail walaupun sekecik bakteria.- kalau lelaki majok, kita kna la biar dia bersendirian n amik masa yg lama kit utk dia cool down balik.barula yg pompuan boleh try pujuk.xkn baru majok, dh nk terover take care n risau dan trus tny itu ini utk pujuk..opkoz la laki tu akn mengamuk..silap2 dpt pelempang atau putus je....
- kalau pompuan plak, lain sikit.lelaki kna pujuk awl2. jgn la yg laki ni wt bodo je n suh pompuan tu pujuk diri sndri..skali 2 xpa la..tp dh setiap kali pn mmg mcm tu, n yg lelki tu sndri yg wt slh smpai pompuan ni majok..pompuan ni akn rasa sgt2 la kecewa n akn trus je pendam dlm hati..bila pendam lama2 akn meledak jgk kn..lg bhy..
- buat lawak-->tgk mood dulu nk berlwk pn, jgn nanti xpsl2 kasut tu hinggap kat muka korg.pastikan lwk tu menjdi n btol2 lwk mcm mr.bean ke, apek ke, jozan ke..konfirm jap je majok n tergelak dgn lawak bodo korg.klu xgelak gak, maybe dia gelak dlm hati je..malu nk tnjuk kot..
- belikan hadiah-->kalau berduit ckit, apa slhnya tipon n luang masa sejam dua.selami hati dia.jgn smpai lemas dh la.xpn belikn hadiah yg comel spt cupcake,bng,coklat, eskem, teddy atau apa2 la..ikot la pompuan tu suka apa??minat apa??apa yg dia tringin??cuba beli n wt kjutan.mst cair n hilang majok tu.errr...kalau still majok, ce try belikn vios ke, BMW 7 series kat dia..kalau xsuka gak, xtahu la..huhu
- hntr sms/mms/voice sms-->kalau korg jnis bkn berdwet, poket ala2 kering kontang, cukup la guna teknologi yg ada.guna kata2 manis ja..

Saturday, March 3, 2012
kursus kawen
weekend ari tu aku pi kursus kawen...
hahahha
bkn bermakna aku gatai nk kawen taw...
tp saja ja wt persediaan pi awai2..
tmbh2 p ngn membe2..
xla boring sgt....
yeyyy..aku dh bleh kawen..muahahahha
aku rasa kursus tu, xdak la boring pn...
best ja...
aku pn xtdoq..
dgaq dgn teliti ja...
tp yg paling xbest, bila bab poligami diceritakan dan disokong2...
maklumlah semua penceramah tu lelaki..ustaz2...
so advantage utk yg lelaki la...
makin menggatal la depa kn...
cis tol...yg paling xleh blah nya...ada sorg ni dia psg n tayangkn lagu "pahit akan manis jua akhirnya"..siap dgn lirik lg....
haizzzz....
menyokong sguh poligami ni....
tp aku suka sorg ustaz ni bila dia cerita psl bahasa inggeris...
[Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk
membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris,
"satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan
sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris,
terutama tentang "singular" dan " plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih '
plural '
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai
plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri
dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi
berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...]
nah..amik hg...pdn muka..galak sgt....
muahahhaa...

